PENGENALAN
Rambut boleh memainkan
peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.Manusia dianugerahkan
lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih
kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.Rambut
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang
rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.Bilangan folikel adalah
kekal dan akan berkurangan mengikut usia.Setiap helai rambut terdiri dari 3
lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2
lapisan dalam.
Rambut yang sihat akan
kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini
akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan
rambut.Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
Tidak dinafikan, wanita
bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding
wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui
langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan
rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut
jika tidak kena caranya.
Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut.
Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah :
1) Berkelumumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah
Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut.
Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah :
1) Berkelumumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah
MENANGANI RAMBUT BERMASALAH
Masalah rambut yang
biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.
Kelemumur (dandruff)
- Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
- Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
- Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
- Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
- Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
- Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
- Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
- Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Selain itu rawatan Lllt
(Low level laser therapy)ini mudah dan memakan masa 25 minit bagi setiap sesi.
Laser yang dipancarkan berjarak gelombang 650 nm dan berupaya merangsang
sel-sel rambut agar tumbuh subur. Sel rambut merupakan sel hidup yang
memerlukan tenaga dan bekalan zat makanan dari salur darah pada kulit kepala
kita.
Apabila salur darah
menjadi sempit dan bilangan salur darah berkurangan maka rambut akan gugur dan
tidak mampu bertahan lama.Apabila tenaga foton dari laser dipancarkan pada
rambut, ia diambil oleh sel-sel rambut dan membolehkan sel rambut menyerap
tenaga. Tenaga itu kemudian digunakan sebagai tenaga dalaman yang menumbuhkan
semula pembuluh pembuluh darah padanya. Hasil daripada penambahan pembuluh
darah yang baru sel rambut akan mula berkembang.
Selain daripada itu
vitamin yang kaya dengan zink dan kalsium harus di ambil sebagai makanan
tambahan .Selepas tiga bulan menjalani rawatan dapat di lihat perubahan yang
menakjubkan. Seorang wanita yang mengalami simptom tertekan selepas menopaus
kebanyakannya menganggap gejala itu sebagai normal sedangkan ia boleh
mengganggu perhubungan mesra dengan ahli keluarga yang lain. Gejala tersebut
juga boleh dirawat.
Untuk mendapatkan segala informasi atau rawatan astetik sila
hubungi kami!!
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03--55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
WEBSITE : Dr Rushmini
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>
www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03--55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
WEBSITE : Dr Rushmini
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>
www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ