Monday, October 12, 2015

TIPS PENJAGAAN RAMBUT


PENGENALAN

Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.

Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.






Tidak dinafikan, wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.

Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut.

Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah :
1) Berkelumumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah

MENANGANI RAMBUT BERMASALAH             

Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.

Kelemumur (dandruff)
  •  Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
  • Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
  • Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
  •  Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
  • Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
  • Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
  • Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
  • Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Selain itu rawatan Lllt (Low level laser therapy)ini mudah dan memakan masa 25 minit bagi setiap sesi. Laser yang dipancarkan berjarak gelombang 650 nm dan berupaya merangsang sel-sel rambut agar tumbuh subur. Sel rambut merupakan sel hidup yang memerlukan tenaga dan bekalan zat makanan dari salur darah pada kulit kepala kita.

Apabila salur darah menjadi sempit dan bilangan salur darah berkurangan maka rambut akan gugur dan tidak mampu bertahan lama.Apabila tenaga foton dari laser dipancarkan pada rambut, ia diambil oleh sel-sel rambut dan membolehkan sel rambut menyerap tenaga. Tenaga itu kemudian digunakan sebagai tenaga dalaman yang menumbuhkan semula pembuluh pembuluh darah padanya. Hasil daripada penambahan pembuluh darah yang baru sel rambut akan mula berkembang.

Selain daripada itu vitamin yang kaya dengan zink dan kalsium harus di ambil sebagai makanan tambahan .Selepas tiga bulan menjalani rawatan dapat di lihat perubahan yang menakjubkan. Seorang wanita yang mengalami simptom tertekan selepas menopaus kebanyakannya menganggap gejala itu sebagai normal sedangkan ia boleh mengganggu perhubungan mesra dengan ahli keluarga yang lain. Gejala tersebut juga boleh dirawat.






Untuk mendapatkan segala informasi atau rawatan astetik sila hubungi kami!!

SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 / 03--55233505

Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic

WEBSITE : Dr Rushmini

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

 



Sunday, September 6, 2015

Rambut gugur bukan lagi masalah... :)


Pertumbuhan rambut biasanya melalui empat fasa utama.
Fasa 1 : Rambut tumbuh dengan aktif dari akar rambut
 Fasa 2 : Ia mula memanjang
 Fasa 3 : Pemanjangan jadi perlahan
 Fasa 4 : Tiada pemanjangan, rambut berehat dan akan gugur dengan mudah.

Setiap fasa pertumbuhan memerlukan vitamin dan hormon yang berbeza bagi merangsangnya. Jika seorang wanita mempunyai hormon testosterone dan progesterone yang rendah rambut akan gugur. Paras hormon progesterone wanita selepas bersalin paras akan turun dengan banyak. Wanita yang mengalami keadaan ini akan dilanda kemurungan (Post natal blues) dan rambut gugur.
Pernahkah anda mendengar perkataan gila meroyan? Sebenarnya gila meroyan adalah kemurungan selepas bersalin dan berkait rapat dengan kandungan hormon yang rendah selepas bersalin. Semasa mengandung paras hormon meningkat dengan banyak kerana placenta menghasilkan hormon bagi
kegunaan kandungan.Selepas bersalin pula paras hormon merosot kerana ketiadaan palcenta. Begitu juga bagi wanita yang menopaus. Ovari menjadi tidak aktif dan tidak lagi mengeluarkan hormon yang diperlukan olehnya. Oleh kerana ketiadaan hormon wanita akan berasa keletihan, kepanasan dan moodnya akan merosot. Pada waktu ini kandungan hormon merosot dengan banyaknya.

krim progesterone dan estrogen untuk digunakan. Selain rawatan Lllt (Low level laser therapy). Rawatan ini mudah dan memakan masa 25 minit bagi setiap sesi. Laser yang dipancarkan berjarak gelombang 650 nm dan berupaya merangsang sel-sel rambut agar tumbuh subur. Sel rambut merupakan sel hidup yang memerlukan tenaga dan bekalan zat makanan dari salur darah pada kulit kepala kita. Apbila salur darah menjadi sempit dan bilangan salur darah berkurangan maka rambut akan gugur dan tidak mampu bertahan lama.Apabila tenaga foton dari laser dipancarkan pada rambut, ia diambil oleh sel-sel rambut dan membolehkan sel rambut menyerap tenaga. Tenaga itu kemudian digunakan sebagai tenaga dalaman yang menumbuhkan semula pembuluh pembuluh darah padanya. Hasil daripada penambahan pembuluh darah yang baru sel rambut akan mula berkembang. Selain daripada itu vitamin

yang kaya dengan zink dan kalsium harus di ambil sebagai makanan tambahan .Selepas tiga bulan menjalani rawatan dapat di lihat perubahan yang menakjubkan. Seorang wanita yang mengalami simptom tertekan selepas menopaus kebanyakannya menganggap gejala itu sebagai normal sedangkan ia boleh mengganggu perhubungan mesra dengan ahli keluarga yang lain. Gejala tersebut juga boleh dirawat.

Info Lanjut @
Untuk maklumat lanjut berkaitan rawatan kami,



 sms Marissa (jarak) info dan hantar 
ke 32828

 atau hubungi talian hotline kami di :

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03--55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
Kota Bharu : 013 3880987
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com