Monday, November 5, 2012

laser low level laser therapy


RAWATAN LASER ELAKKAN BOTAK

Masalah rambut gugur di kalangan orang pertengahan umur, iaitu bermula dari akhir 30an, baik di kalangan lelaki atau perempuan, seakan-akan telah menjadi perkara biasa. Kemungkinan besar disebabkan tahap pemakanan yang kurang bermutu, aras hormon yang tidak stabil dan juga kualiti alam sekitar yang kian merosot.
Sekarang laser juga telah digunakan untuk merawat rambut yang bermasaah, tujuannya untuk mengembalikan fungsi salur-salur darah yang membekalkan tenaga, nutrisi, hormon dan keperluan lain ke akar rambut.

Rambut adalah kutikel yang hidup. Seperti kuku juga rambut adalah kutikel yang perlu nutrisi daripada darah kita. Seseorang yang kurang nutrisi akan mengalami masalah pada rambut dan juga pada kukunya.
Rambut yang kekurangan nutrisi akan kasar tebal dan kelihatan rapuh. Apabila rambut yang kurang nutrisi bercampur aduk dengan rambut yang cukup nutrisi, terdapat rambut yang sihat dan bermaya bercampur-aduk dengan rambut yang kasar dan kusam.
Di dalam tubuh kita terdapat enzim dan hormon yang penting bagi meningkatkan metabolik tubuh. Metabolik bererti kadar tubuh menggunakan tenaga. Proses makanan dan zat makanan masuk ke dalam sel dan sel menggunakannya bagi pembinaan tubuh badan. Itu dipanggil proses metabolik. Jika cukup vitamin dalam makanan seharian tapi dalam badan tidak cukup hormon dan enzim maka kadar metabolik juga rendah. Segala vitamin yang dimakan akan sia-sia kerana ia akan keluar semula sebagai bahan buangan.
Bagi rambut yang tidak tumbuh, disyorkan rawatan LLLt laser yang berkesan untuk menumbuhkan rambut .
Laser LLLt membolehkan salur-salur darah kecil yang layu dan mati menjadi lebih segar dan hidup kembali. Rawatan seperti ini mudah dan berkesan. Ia mengambil masa lebih kurang tiga bulan bagi membuahkan hasil yang baik.
Baik lelaki atau wanita inginkan rambut yang cantik supaya kelihatan hebat dan berseri. Masalah rambut di kalangan lelaki tidak kurang hebatnya dengan masalah rambut bagi wanita. Rata-rata lelaki mengalami masalah ini apabila berusia 30-an. Faktor hormon yang merosot memainkan peranan penting dalam permasalahan ini.
Hormon yang mustahak dalam pembentukan rambut adalah testosterone, progesterone dan tiroid .Apabila kekurangan hormon tersebut maka tubuh akan menjadi lesu dan kurang bermaya.
Lelaki dan tidak kurang juga wanita yang terpaksa mengamalkan pemakaian rambut palsu bagi meningkatkan penampilan. Pemakaian rambut palsu tidak selesa kerana sifatnya yang keras.
* Hormon yang mempengaruhi rambut wanita
Penurunan hormon progesterone dan penukaran esrtadiol yang banyak kepada testosterone mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut wanita. Selain itu masalah kekurangan hormon tiroid membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan baik.
* Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki
Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki adalah kesan penukaran testosterone kepada hormon-hormon lain akibat aromatization. Aromatization terjadi kerana kesan toksik dalam badan seseorang.
* Ujian darah pengesanan hormon
Bagi membolehkan analisis yang lebih tepat adalah baik jika ujian pemeriksaan darah dibuat. Ujian darah dilakukan bagi melihat jumlah hormon dalam badan dan adakah berlaku gangguan pada hormon-hormon tersebut. Selepas ujian para pelanggan diberi rawatan yang betul untuk stimulasi rambut.
* Pemakanan yang betul bagi nutrisi rambut
Bagi mendapatkan nutrisi rambut yang baik amalkan makanan yang rendah karbohidrat dan berprotein tinggi. Selain itu makanan yang merosakkan hormon seperti ubat mengandungi beta bloker harus dihentikan.
* Laser LLLt bagi rambut
Ia sejenis diod laser yang memancarkan cahaya laser dengan jarak gelombang yang amat pendek iaitu 625 nanometer sahaja. Oleh itu ia selamat digunakan pada bila-bila masa. Apabila laser diputarkan ke seluruh kulit kepala (bagi mendapatkan laluan yang serata) ia akan meningkatkan penumbuhan mikro kapilari yang menghidupkan rambut. Apabila ini berlaku maka rambut akan mendapat nutrisi dan akan mula tumbuh perlahan lahan.

SEBELUM DAN SELEPAS