Punca Rambut Gugur !
Masalah rambut guur tidak hanya dialami oleh kaum wanita yang bergelar ibu-ibu terutama yang baru bersalin. Masalah ini boleh juga berlaku kepada kaum lelaki. Sekurang-kurangnya bagi wanita yang bertudung dah tentu ada "cover" tapi lelaki macam mana pula? Takkan nak cover dengan tudung saji pulakkan? Apatah lagi jika setiap kali sikat, hampir segenggam rambut yang luruh. Memang kita perlu buat sesuatu!
Berikut merupakan 10 faktor keguguran rambut:-
1. Diet
tidak seimbang
Diet yang tidak seimbang menyebabkan
tubuh badan tidak mendapat kuantiti nutrisi tertentu, mahupun terlebih dalam pengambilan
sesuatu nutrisi yang lain. Kekurangan protein ataupun beberapa jenis vitamin
seperti vitamin A, B, C dan E serta zinc juga boleh menyebabkan keguguran
rambut.
2. Tekanan
dan penyakit
Tekanan dan penyakit juga
boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Kurap yang disebabkan oleh
jangkitan kulat juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Selain itu, penyakit tiroid, lupus, kencing manis,
kekurangan zat besi dan anemia boleh menyebabkan kehilangan rambut.
3. Tidak mencuci rambut
dengan betul
Rambut yang tidak
dicuci dengan betul akan menyebabkan kulit kepala berminyak, menjadi lembap
serta berbau. Akhirnya rambut akan mudah rosak dan mengalami keguguran.
4. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan
kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, pencair darah, penghalang
beta-adrenergic digunakan untuk mengawal tekanan darah, dan pil kawalan
kelahiran, boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.
5. Perubahan hormon
Perubahan hormon dan
ketidakseimbangan juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Ini
mungkin disebabkan oleh mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil kawalan kelahiran
atau permulaan menopaus.
6. Alat pengering rambut
Alat pengering rambut
akan menyebabkan rambut menjadi kering dah mudah patah. Apabila rambut patah,
ia akan menjadi masalah keguguran rambut.
7. Terlalu mendandan
rambut
Kerap mewarnakan rambut juga boleh menyebabkan masalah
keguguran rambut belaku menurut ahli Dermatologi Mumbai, Dr. Apoorva Shah.
8. Penyakit autoimun
Penyakit autoimun menyebabkan
alopecia areata. Ia berlaku apabila sistem badan seseorang dengan tidak sengaja
menyerang folikel rambut di mana rambut tersebut tumbuh yang akhirnya
menyebabkan kehilangan rambut secara bertompok.
9. Keturunan
Genetik
dari kedua-dua ibu bapa lelaki dan perempuan, boleh mempengaruhi kecenderungan
seseorang untuk corak kebotakan lelaki atau perempuan.
10. Ikatan rambut yang
terlalu ketat
Punca ini merupakan
kesinambungan daripada amalan diet yang tidak sihat. Apabila rambut menjadi
tidak kuat di bahagian akarnya, maka dengan perbuatan seperti mengikat rambut
juga boleh menyebabkan rambut tertarik lalu gugur.
RAWATAN RAMBUT DI MARISSA AESTHETIC